Setelah hampir setahun tidak membuat posting dalam Bahasa Melayu, saya melakukannya pada hari ini. Sebabnya saya sangat teruja. Menulis dalam Bahasa Inggeris menyeronokkan, banyak perkara baru yang saya pelajari setiap hari. Namun pasti tulisan saya 'tak sampai ke hati'. Banyak perkara yang ingin saya tulis tak dapat saya tulis dalam Bahasa Inggeris. Posting saya hari ini memerlukan saya 'menulis dari hati'.
Jika anda biasa dengan blog saya, anda pasti tahu saya telah 'membuat wang on-line' semenjak bulan Oktober. Tak banyak pun. Lebih kurang USD150 sebulan. OK la untuk buat 'duit saku'. Sebenarnya minat 'buat duit on-line' dicetuskan oleh sahabat saya, Ustaz Syamsul. Saya bernasib baik ada blog yang boleh buat review berbayar, dapatlah seposen dua, tapi saya percaya 'buat duit on line' lebih berkesan dengan program Affiliate. Semenjak 4 bulan lepas saya habiskan banyak masa on-line saya dengan mempelajari berkenaan program affiliate, khasnya berkaitan ClickBank. Saya percaya ramai jutawan buat duit kat sana. Laporan Technorati juga mengesahkan betapa ramai orang membuat pendapatan lumayan secara on-line. Berbilion USD urusniaga dan tidak mustahil akan mencecah trillion USD.
Seperti insan lain, saya juga berminat buat kerja sampingan. Masalahnya banyak kerja yang melibatkan pemasaran dan berhubung terus dengan orang. Mungkin secara on-line lebih mudah untuk saya. Apabila melihat duit masuk melalui paypal saya awal November -bayaran untuk Oktober-, saya tambah bersemangat. Saya mula mendownload e-book percuma, lebih kurang 50 e-book yang saya download setakat ini -mungkin lebih-, sebahagiannya mempunyai bahan yang sama yang diolah dalam pelbagai bentuk. Walaupun percuma, saya mendapat banyak penerangan mengenai bagaimana sisten berfungsi, dan hanya menunggu masa untuk bertindak - hanya 5 peratus yang akan bertindak, 95 peratus macam saya, tunggu dan lihat-
Walaupun boleh membaca dalam BI -tujuan blog ini untuk membaiki BI saya-, saya masih belum percaya kebolehan saya sepenuhnya. Saya menunggu produk dalam Bahasa Melayu. Akhirnya saya terjumpa produk yang saya impikan, panduan lengkap berkaitan ClickBank dalam Bahasa melayu. Lagi best siap dengan tamplate untuk landing page. Memang boleh buat duit tanpa laman kita sendiri, tetapi kesemua 'pakar-pakar' dalam bidang ni mencadangkan kita ada laman sendiri. Upah buat laman bukannya mudah, boleh ambil yang percuma, tetapi tidak sesuai untuk landing page ni. Akhirnya saya buat keputusan : kalau tak cuba, kita tidak akan tahu. Saya beli produk tersebut semalam, download e-book -kandungannya seperti yang saya harapkan-, download lagi template2 yang telah disediakan, beli domain : affiliatereviews.biz, dapatkan hosting percuma untuk 6 bulan (sebahagian dari pakej) dan hanya menunggu masa untuk bermula. Dayung sudah ada di tangan. Lautan luas terbentang di hadapan. Pelayaran ke alam 'buat duit on-line sebenar' akan bermula bila-bila masa. Saya sedar pengembaraan ini bukan mudah. Dalam perniagaan tidak ada jalan singkat. Saya mesti berusaha. Maklumat asas yang ada satakat ini diharap mampu membimbing saya berdayung menuju arah yang betul.
Rahsia Clickbank adalah produk yang sesuai untuk saya, orang baru dalam dunia ini. Saya berbangga menggunakan produk tempatan. Domain Name juga menggunakan produk tempatan. Saya membelanjakan USD63 untuk Rahsia ClickBank, dan USD12 untuk domain, jumlah USD75, tidak besar untuk mencuba, lebih-lebih duit yang digunakan itu saya dapat juga melalui on-line. Saya juga dapat diskaun USD23, jadi untuk satu produk seumpama Rahsia ClickBank dengan USD 52 melalui duit yang saya dapat secara on-line, saya berbaloi.
Anda boleh dapatkan Rahsia ClickBank di sini. Tawaran saya, saya akan menghadiahkan anda RM60 jika anda membeli melalui link saya setelah saya mendapat bayaran saya (berkongsi ganjaran). Sila e-mail ana di badinji at gmail dot com. Jangan bimbang jika anda orang baru. Saya juga orang baru. Setelah membaca e-book yang didownload, saya rasa semua orang yang ada asas komputer boleh melakukannya.
0 comments:
Post a Comment