Monday, March 31, 2008

Assalamualaikum wrt wbrt

Lebih 40 hari tanpa catatan merupakan sesuatu yang amat malang... Setelah begitu bersemangat di permulaan blog, aku menyepi tanpa berita, semuanya gara-gara PRU12... Bermula dari tempoh Perlimen dibubarkan kepada penamaan calon seterusnya 'tsunami politik' pada 8 Mac 2008, membawa kepada krisis, skandal dan pelbagai lagi dan 'berakhir' dengan MB Terengganu mengangkat sumpah... kesemuanya menyebabkan aku terpaku berjam-jam lamanya didepan internet , menjadi pemerhati tanpa suara dan mengenali masyarakat blogger... Kalau dulu bimbang juga melayari sumber maklumat alternatif, tetapi selepas PRU12, aku rasa aku perlu lebih terbuka, memerhati dan menilai pandangan kedua, ketiga , keempat dan seterusnya...

Kalau nak dicatatkan apa yang telah aku lakukan sepanjang 40 hari memang sangat banyak, tetapi mungkin yang banyak mempengaruhi aku dalam tempoh ini adalah YouTube... memang dah lama aku melayari YouTube tapi tak pandai download... Awal Mac aku berusaha dan akhirnya tahu cara mendownload dari Video download helper, apa lagi bergiga-giga lah video yang didownload dan berjam-jam jugalah masa dihabiskan...

Aku masih komitmen dengan pembelajaran Bahasa Inggeris, tapi 'tsunami politik' lebih hebat... Aku juga-dengan penuh keazaman- akan memulakan penulisan Tesisku ESOK... IN SYA ALLAH...

Harap semuanya berjalan lancar....