Monday, January 21, 2008

SEMINGGU NAN INDAH...

بسم الله الرحمن الرحيم


Alangkah indahnya kehidupan ini.... dan alangkah sukarnya kehidupan ini... keindahan dan kesukaran kekadang adalah terlalu subjektif... ianya terpulang kepada individu yang menilai kehidupan mereka... sebagai seorang peminat filem kemasyarakatan, ada banyak filem yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku... antara yang masih kuingat dari filem-filem yang pernah ditonton sewaktu kanak-kanak dulu : seorang yang beru kematian suaminya dan menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidupnya berkata kepada anak remajanya (yang juga berhadapan pelbagai kepayahan) WHAT EVER HAPPEN, WE MUST GO ON OUR LIFE... ungkapan itu mungkin terlalu biasa, tetapi mendengarnya pertama kali umpama mendapat satu tenaga kehidupan... Ya!!! KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN...

Antara yang terbaru... dua orang (mungkin dari golongan mewah) mengembara ke sebuah negara sangat miskin... seorang daripada mereka berkata : bagaimana mereka boleh ketawa dan bergembira??? (pengembara itu sendiri kelihatan kecewa dengan kehidupannya yang mewah!!!)

Seminggu yang berlalu... sebenarnya amat indah... tetapi penuh kesukaran... hari selasa dan rabu dihabiskan dengan men'tashih'kan 2 kertas syahadah... ALHAMDULILLAH... berjaya dilaksanakan... walaupun 'terlanggar' batasan yang ditetapkan...

Hari khamis yang cukup bersejarah 17/1/2007... paginya berjumpa ustaz hanapi... (ingat, jangan tak ingat...) ... kemudian terus ke bandar... tiba lebih kurang 8.50... rupanya bank hanya dibuka jam 9.30, so sempat 'langsai'kan bil TNB... hujan lak tiba-tiba turun dengan lebatnya... seperti biasa, aku yang 'pengalah' ni kena lah tunggu lama sikit untuk nombor giliran... nombor 28... lebih kurang 45 minit di bank, aku ke klinik RAHIM, HAMZAH, HALIM DAN RAZALI untuk medical check up... Alhamdulillah lancar... kemudian telefon Hafaz, tapi Pengarah tiada di pejabat, so rancangan untuk meminta pengarah menandatangani surat akuan terpaksa diubah.. so terus ke UDM dan meminta Timbalan Dekan FKI untuk menandatanganinya (pastinya dengan bantuan Ailong)... kemudian mendaftarlah aku (uslub arab) sebagai mahasiswa UDM (Pengajian Pascasiswazah)... ALHAMDULILLAH kembali ke alam pelajar... kemudian keluar makan denag Ailong... balik ke rumah dan menghabiskan PETANG YANG INDAH... puteraku pula ber'musafir' bersama 'tok ma'nya ke KB... 10 malam baru balik...

jumaat dan sabtu : bersama pakcik2 dan makcik2... 2+1...

hari sabtu : puasa asyura' (Alhamdulillah ayah sempat ingatkan)... petangnya balik Bukit Bading untuk berbuka... malamnya tak tidur sepanjang malam kerana 'tashih' 2 kertas... ada filem yang agak baik berkaitan kehidupan manusia... sempat juga tengok Roger Federar hampir ditumbangkan oleh pemain tidak terkenal dari Serbia dalam Terbuka Australia... (kalau tak silap 6-7, 7-5, 6-7, 6-1, 10-8 : set akhir tu comfirm sebab aku tengok... ).. aku memang suka melihat kejutan (pemain ternama menumbangkan pemain pilihan), tapi 'kecewa' ...

semalam... itu semalam... hari Ahad : pagi cam biasa masuk kelas dan lain2... selain dihabiskan dalam talian... on line... tapi tak buat lak catatan, cuma tumpang lalu di blog2 dan laman web... satu yang menarik perhatian iluvislam.com.my

hari ini sepanjang pagi mesyuarat bersama penyelaras-penyelaras untuk pembahagian subjek dan guru... ALHAMDULILLAH berjalan lancar...selepas solat zohor baru boleh memayari internet... maka terhasillah nukilan yang seadanya ini...


0 comments: