Sunday, January 13, 2008

picture told story


Sekeping gambar ini rasanya sudah memadai menceritakan apa yang berlaku... diambil pada 11/12/2007... Konvokesyen jQAF ambilan Jan 2006... Alhamdulillah berjaya jugak isteri tercintaku mengharungi pahit manis sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar sepanjang 2 tahun ini. TAHNIAH... dan TAHNIAH juga untuk aku kerana berjaya mengharungi detik-detik tersebut... khususnya 'bersendirian' bersama sang putera ketika isteriku di Maktab....

sehari lagi tanpa catatan...
seperti biasa pagi sabtu bersama 'kakak-kakak & makcik-makcik' yang bersemangat belajar al-Quran... tidak seperti kelas pagi Jumaat , peserta kelas pagi Sabtu ni dah boleh mengaji, cuma nok 'comel'kan lagi bacaan...

lepas 'ngajar ngaji', aku hantar G2 untuk diservis... servis kali kedua, maknanya dah lebih 6000 km... dah 4 bulan G2 tu bersama kami... OK la jugak... bertuah orang rumah aku, baru je mengajar dah pakai G2... bertuah jugak aku, boleh bawak G2 tu... aku tengoh dah jadi trend lak, suami bawak keta lama, isteri bawak keta baru... Yalah kan , takkan nok suruh isteri ber'lasak' dengan keta lama... Dekat 4 jam kat pusat servis tu... tapi puas hati...

petang tu pulok gi rumah along... apa lagi ... berpestalah sang putera aku tu berjumpa dengan kak long, abang ngah dan kak ciknya...

malam ingat nok tashih 2 kertas untuk syahadah... tapi....

0 comments: