Hari keempat dengan blog ni... seperti semalam selepas menyempurnakan beberapa kewajipan dan ada masa terluang, blog ini menjadi tempat mencurahkan idea dan perasaan...
malam semalam aku berjaya menyiapkan jadual sementara untuk institut al-quran, sebenarnya jadual tahun lepas yang diubah suai... kira ok la juga... entah berapa lama jadual tu boleh bertahan sebab hari ni ada mesyuarat penyusunan semula madah berasaskan sistem semester... moga dengan penjenamaan baru ini IQ Terengganu (asalnya Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu) lebih gemilang di masa depan...
Semalam (orang Terengganu kata kelmarin) dua bekas pelajar dari gen 2003 datang sebagai guru tasmi. Kedua-duanya antara pelajar terbaik dari generasi terbaik anak muridku setakat ini... Mohd Al-Hafiz dan Mohd Burhanuddin... Harap mereka kekal di IQ ini...
selepas merenung dan berfikir, aku bercadang jadikan blog ini sebagai tempat catatan jurnal harianku... Rancangan asalku untuk mengumpulkan koleksi Hadith terpilih mungkin akan dibuat dalam blog berasingan... mungkin tak sesuai di masukkan di sini... tengoklah dalam seminggu dua lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment