Friday, January 11, 2008

sehari tanpa catatan - SALAM MAAL HIJRAH

semalam merupakan hari pertama tanpa catatan dalam blog aku ni...
menyambut ketibaan MAAL HIJRAH secara sederhana ... paginya dihabiskan bersama keluarga, lebih tepat dengan putera tunggalku setakat ini... ketika umminya melakukan pelbagai kerja rumah, aku hanya mampu melayan sang putera, yang tak boleh bercerai dariku walau seketika, tapi sempatlah jugak membantu apa yang patut...

berkaitan keluarga , itulah permata hatiku... AFI, ABAH & UMMI... ayat yang selalu diulang-ulang oleh sang puteraku HAMMAD AFIFF... umminya NOR IZANI ABDULLAH guru jQAF di SK Kepong... aku akan bercerita panjang tentang keluarga bahagiaku bila tiba masanya...

petang semalam aku balik kampung di BUKIT BADING. rancangan asal untuk menziarani 'tok angkat' di Marang terpaksa ditangguh bila mendapat panggilan dari ayahandaku... aku perlu menghantar 3 pupuku ke stesyen bas malam ni... tiada masalah... kedatangan 3 pupuku ke Malaysia melawat anaknya yang menuntut di UIAM sedikit sebanyak menjadikan aku 'rindu' kepada tanah kelahiranku , TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN... tapi aku sesekali tidak bersetuju dengan HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK LAGI NEGERI SENDIRI... bagiku Malaysia dengan HUJAN EMASnya beribu kali lebih baik dari negera kelahiranku... maaf jika ada yang tidak bersetuju. .... sebenarnya aku sendiri sudah lama menganggap MALAYSIA sebagai tanah airku, apatah lagi isteri tercintaku adalah orang melayu Malaysia -bumiputera- , cuma ada beberapa perkara formal yang masih belum selesai...

pagi tadi seperti biasa mengajar di Kelas Pengajian Al-Quran, terharu sangat rasanya melihat kesungguhan 'abang-abang serta pakcik-pakcik' kelasku belajar membaca al-Quran... tiada istilah lewat untuk belajar NEVER TOO OLD TO LEARN, NEVER TOO YOUNG TO DIE... sekali lagi maaf kalau tersilap...

kelas petang pulaok- kelas b. arab - terpaksa dibatalkan... aku sudah tak mampu lagi menanggung ketidak selesaan, sebenarnya dari semala lagi rasa cam nok demam tapi tak demam...

lepas solat Jumaat, makan tengahari dengan ikan tilapia gorang - makanan kegemaranku - dan melayan sang putera seketika, aku terus terlelap... kesihan jugak dengar suara anakku memanggil : abah! bangunlah bah! dah pukul sebelas... - kalau bab jam bila ditanya pukul berapa mesti pukul sebelas - , lastly aku nampak dia main sorang-sorang kat biliknya....

lepas solat maghrib baru dapat peluang menconteng jurnalku ini... sebenarnya aku amat runsing le ni... lagi 6 hari kena daftar untu M.A... Ada 4 kertas yang belum di'tashih', satu artikel belum dibuat -janji Ahad ini- dan keputusan peperiksaan belum dikeluarkan... kalau boleh semuanya hari Ahad... tapi... Semoga Allah menunjukkan jalan...

ok dah azan Isya'... jumpa lagi esok IN SYA ALLAH...

....
Sambung lepas Isya :
Akhir kata SALAM MAAL HIJRAH :

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه









0 comments: