Monday, January 14, 2008

semalam... itu semalam...

Setiap hari bahkan setiap detik masa berlalu pelbagai kenangan dapat dihimpun... pelbagai pengajaran dapat dikutip... namun kita terus terlalai... atau 'ber'lalai...

dengan tugasan yang begitu banyak dan sebahagian besarnya telah melewati 'masa', aku sepatutnya tidak boleh lalai... tetapi masih juga terlalai...

lagi tiga hari aku perlu mendaftar sebagai siswa... hanya tiga hari... ada tiga tugasan yang perlu dilaksanakan... Pemeriksaan Perubatan, Pengesahan dan bayaran... kelihatan mudah tapi kenapa ditangguh???

Akhirnya artikel yang dijanjikan berjaya disiapkan... Alhamdulillah... untuk melihat artikel tersebul sila ke koleksihadith

Namun ada 2+2 kertas yang belum ditashih... dari pengalaman aku setiap 1 kertas 1 jam... maknanya hanya 1 jam sahaja... tetapi sekali lagi : kenapa bertangguh????..

Semalam : paginya blog... blog dan blog.... dah jadi blog addict la pulok....
petangnya : balik dari IQ terus ambil sang putera, so apa lagi melayanlah kerenahnya... tapi sempat jugak buat kerja rumah mana yang patut ... isteri tercinta kat Wisma Darul Iman... program jQAF bersama pimpinan negeri...
malam : hantar 'sayang' ke Wisma , kemudian menghabiskan masa dengan sang putera di Giant... sebab aku pilih Giant ? taman permainannya bersih... hampir sejam 'naik turun' (meminjam istilah sang putera ), lepas tu menjamu selera kat KFC. Boikot? dalam masalah ni aku anggap bahagian aku yang amat amat amat sedikit -mungkin dua bulan sekali- untuk pekerja... kemudian round2 bandaraya warisan pesisir air (katanya Masjid Kristal dibuka 3/2 ni), kemudian menunggu isteri tercinta hampir sejam di depan Wisma... ok la tu... Sayang bini la kan...

so itulah yang berlaku semalam...
Semalam.... itu semalam... Hari ini kita di dunia yang aman...

0 comments: