Monday, January 7, 2008


Hari ketiga bersama Blog pertamaku ini... memang banyak projek yang nok dimasukkan dalam blog ni, tapi kena tangguh dulu... so untuk sementara waktu blog ini lebih kepada satu percubaan... Hari ni selesai 'tashih' kertas nahu, ada dua kertas campur dua kertas lagi yang perlu di'tashih'... ustaz hanafi dah arahkan supaya dibuat jadual sementara... tengoklah kejap lagi...


permulaan tahun baru ni memang agak menggembirakan dengan kejayaan menjadi mahasiswa UDM... IN SYA ALLAH khamis depan 17/1 aku akan mendaftar sebagai pelajar M.A. Tajuk tesisku adalah KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN HADITH MAUDHU' DI KALANGAN GURU AGAMA DAERAH HULU TERNGGANU... ini tajuk permulaan, mungkin ada perubahan nanti... yang penting selepas 10 tahun menyepi dari dunia seorang pelajar aku kembali ke alam yang pernah men'gemilang'kan daku satu ketika dahulu...

0 comments: