Thursday, January 31, 2008

MY FIRST POSTING IN ENGLISH

It has been ten days since my last posting... i really busy in these days... in these 2 weeks... i had to finish the schedule for my school ... ALHAMDULILLAH... everything is all right for now...

like i write for the title, this is my first posting in English... i know that my English is very bad (maybe not too bad) , but if i'm not trying now, when will i try??? nobody read my posting, so nothing to scare...

i have a very good memories in these ten days... but the most important is when i attend the gathering with the TNC of UDM last Thursday, he encourage us to use our foreign language in UDM... i can speak and write in Arabic quiet well, but not in English, so i decided to learn English...

I ask him (TNC) two questions (in English) in 'broken' English and he can understand it.... and from that moment i think that i can speak English... all i need is practicing and using this language as many as i can... and don't think about the mistake... first we make mistake... then we correct it...

my first step when i came back to school in this week is browsing the internet and searching for the web which offer learning English for free. i found many of it... but the most interested one is bbclearningenglish ... now i listening to the program everyday and feel more confident using my English...

i have a lot of story to tell or to write here, but i don't have much time now...

see you all soon


Monday, January 21, 2008

SEMINGGU NAN INDAH...

بسم الله الرحمن الرحيم


Alangkah indahnya kehidupan ini.... dan alangkah sukarnya kehidupan ini... keindahan dan kesukaran kekadang adalah terlalu subjektif... ianya terpulang kepada individu yang menilai kehidupan mereka... sebagai seorang peminat filem kemasyarakatan, ada banyak filem yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupku... antara yang masih kuingat dari filem-filem yang pernah ditonton sewaktu kanak-kanak dulu : seorang yang beru kematian suaminya dan menghadapi pelbagai kesukaran dalam hidupnya berkata kepada anak remajanya (yang juga berhadapan pelbagai kepayahan) WHAT EVER HAPPEN, WE MUST GO ON OUR LIFE... ungkapan itu mungkin terlalu biasa, tetapi mendengarnya pertama kali umpama mendapat satu tenaga kehidupan... Ya!!! KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN...

Antara yang terbaru... dua orang (mungkin dari golongan mewah) mengembara ke sebuah negara sangat miskin... seorang daripada mereka berkata : bagaimana mereka boleh ketawa dan bergembira??? (pengembara itu sendiri kelihatan kecewa dengan kehidupannya yang mewah!!!)

Seminggu yang berlalu... sebenarnya amat indah... tetapi penuh kesukaran... hari selasa dan rabu dihabiskan dengan men'tashih'kan 2 kertas syahadah... ALHAMDULILLAH... berjaya dilaksanakan... walaupun 'terlanggar' batasan yang ditetapkan...

Hari khamis yang cukup bersejarah 17/1/2007... paginya berjumpa ustaz hanapi... (ingat, jangan tak ingat...) ... kemudian terus ke bandar... tiba lebih kurang 8.50... rupanya bank hanya dibuka jam 9.30, so sempat 'langsai'kan bil TNB... hujan lak tiba-tiba turun dengan lebatnya... seperti biasa, aku yang 'pengalah' ni kena lah tunggu lama sikit untuk nombor giliran... nombor 28... lebih kurang 45 minit di bank, aku ke klinik RAHIM, HAMZAH, HALIM DAN RAZALI untuk medical check up... Alhamdulillah lancar... kemudian telefon Hafaz, tapi Pengarah tiada di pejabat, so rancangan untuk meminta pengarah menandatangani surat akuan terpaksa diubah.. so terus ke UDM dan meminta Timbalan Dekan FKI untuk menandatanganinya (pastinya dengan bantuan Ailong)... kemudian mendaftarlah aku (uslub arab) sebagai mahasiswa UDM (Pengajian Pascasiswazah)... ALHAMDULILLAH kembali ke alam pelajar... kemudian keluar makan denag Ailong... balik ke rumah dan menghabiskan PETANG YANG INDAH... puteraku pula ber'musafir' bersama 'tok ma'nya ke KB... 10 malam baru balik...

jumaat dan sabtu : bersama pakcik2 dan makcik2... 2+1...

hari sabtu : puasa asyura' (Alhamdulillah ayah sempat ingatkan)... petangnya balik Bukit Bading untuk berbuka... malamnya tak tidur sepanjang malam kerana 'tashih' 2 kertas... ada filem yang agak baik berkaitan kehidupan manusia... sempat juga tengok Roger Federar hampir ditumbangkan oleh pemain tidak terkenal dari Serbia dalam Terbuka Australia... (kalau tak silap 6-7, 7-5, 6-7, 6-1, 10-8 : set akhir tu comfirm sebab aku tengok... ).. aku memang suka melihat kejutan (pemain ternama menumbangkan pemain pilihan), tapi 'kecewa' ...

semalam... itu semalam... hari Ahad : pagi cam biasa masuk kelas dan lain2... selain dihabiskan dalam talian... on line... tapi tak buat lak catatan, cuma tumpang lalu di blog2 dan laman web... satu yang menarik perhatian iluvislam.com.my

hari ini sepanjang pagi mesyuarat bersama penyelaras-penyelaras untuk pembahagian subjek dan guru... ALHAMDULILLAH berjalan lancar...selepas solat zohor baru boleh memayari internet... maka terhasillah nukilan yang seadanya ini...


Monday, January 14, 2008

semalam... itu semalam...

Setiap hari bahkan setiap detik masa berlalu pelbagai kenangan dapat dihimpun... pelbagai pengajaran dapat dikutip... namun kita terus terlalai... atau 'ber'lalai...

dengan tugasan yang begitu banyak dan sebahagian besarnya telah melewati 'masa', aku sepatutnya tidak boleh lalai... tetapi masih juga terlalai...

lagi tiga hari aku perlu mendaftar sebagai siswa... hanya tiga hari... ada tiga tugasan yang perlu dilaksanakan... Pemeriksaan Perubatan, Pengesahan dan bayaran... kelihatan mudah tapi kenapa ditangguh???

Akhirnya artikel yang dijanjikan berjaya disiapkan... Alhamdulillah... untuk melihat artikel tersebul sila ke koleksihadith

Namun ada 2+2 kertas yang belum ditashih... dari pengalaman aku setiap 1 kertas 1 jam... maknanya hanya 1 jam sahaja... tetapi sekali lagi : kenapa bertangguh????..

Semalam : paginya blog... blog dan blog.... dah jadi blog addict la pulok....
petangnya : balik dari IQ terus ambil sang putera, so apa lagi melayanlah kerenahnya... tapi sempat jugak buat kerja rumah mana yang patut ... isteri tercinta kat Wisma Darul Iman... program jQAF bersama pimpinan negeri...
malam : hantar 'sayang' ke Wisma , kemudian menghabiskan masa dengan sang putera di Giant... sebab aku pilih Giant ? taman permainannya bersih... hampir sejam 'naik turun' (meminjam istilah sang putera ), lepas tu menjamu selera kat KFC. Boikot? dalam masalah ni aku anggap bahagian aku yang amat amat amat sedikit -mungkin dua bulan sekali- untuk pekerja... kemudian round2 bandaraya warisan pesisir air (katanya Masjid Kristal dibuka 3/2 ni), kemudian menunggu isteri tercinta hampir sejam di depan Wisma... ok la tu... Sayang bini la kan...

so itulah yang berlaku semalam...
Semalam.... itu semalam... Hari ini kita di dunia yang aman...

Sunday, January 13, 2008

sang putera : mei 2006

ni video putera kesayangan masa dia berumur setahun... video terbaru bakal menyusul...

picture told story


Sekeping gambar ini rasanya sudah memadai menceritakan apa yang berlaku... diambil pada 11/12/2007... Konvokesyen jQAF ambilan Jan 2006... Alhamdulillah berjaya jugak isteri tercintaku mengharungi pahit manis sebagai isteri, ibu, guru dan pelajar sepanjang 2 tahun ini. TAHNIAH... dan TAHNIAH juga untuk aku kerana berjaya mengharungi detik-detik tersebut... khususnya 'bersendirian' bersama sang putera ketika isteriku di Maktab....

sehari lagi tanpa catatan...
seperti biasa pagi sabtu bersama 'kakak-kakak & makcik-makcik' yang bersemangat belajar al-Quran... tidak seperti kelas pagi Jumaat , peserta kelas pagi Sabtu ni dah boleh mengaji, cuma nok 'comel'kan lagi bacaan...

lepas 'ngajar ngaji', aku hantar G2 untuk diservis... servis kali kedua, maknanya dah lebih 6000 km... dah 4 bulan G2 tu bersama kami... OK la jugak... bertuah orang rumah aku, baru je mengajar dah pakai G2... bertuah jugak aku, boleh bawak G2 tu... aku tengoh dah jadi trend lak, suami bawak keta lama, isteri bawak keta baru... Yalah kan , takkan nok suruh isteri ber'lasak' dengan keta lama... Dekat 4 jam kat pusat servis tu... tapi puas hati...

petang tu pulok gi rumah along... apa lagi ... berpestalah sang putera aku tu berjumpa dengan kak long, abang ngah dan kak ciknya...

malam ingat nok tashih 2 kertas untuk syahadah... tapi....

Friday, January 11, 2008

sehari tanpa catatan - SALAM MAAL HIJRAH

semalam merupakan hari pertama tanpa catatan dalam blog aku ni...
menyambut ketibaan MAAL HIJRAH secara sederhana ... paginya dihabiskan bersama keluarga, lebih tepat dengan putera tunggalku setakat ini... ketika umminya melakukan pelbagai kerja rumah, aku hanya mampu melayan sang putera, yang tak boleh bercerai dariku walau seketika, tapi sempatlah jugak membantu apa yang patut...

berkaitan keluarga , itulah permata hatiku... AFI, ABAH & UMMI... ayat yang selalu diulang-ulang oleh sang puteraku HAMMAD AFIFF... umminya NOR IZANI ABDULLAH guru jQAF di SK Kepong... aku akan bercerita panjang tentang keluarga bahagiaku bila tiba masanya...

petang semalam aku balik kampung di BUKIT BADING. rancangan asal untuk menziarani 'tok angkat' di Marang terpaksa ditangguh bila mendapat panggilan dari ayahandaku... aku perlu menghantar 3 pupuku ke stesyen bas malam ni... tiada masalah... kedatangan 3 pupuku ke Malaysia melawat anaknya yang menuntut di UIAM sedikit sebanyak menjadikan aku 'rindu' kepada tanah kelahiranku , TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT BERMAIN... tapi aku sesekali tidak bersetuju dengan HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK LAGI NEGERI SENDIRI... bagiku Malaysia dengan HUJAN EMASnya beribu kali lebih baik dari negera kelahiranku... maaf jika ada yang tidak bersetuju. .... sebenarnya aku sendiri sudah lama menganggap MALAYSIA sebagai tanah airku, apatah lagi isteri tercintaku adalah orang melayu Malaysia -bumiputera- , cuma ada beberapa perkara formal yang masih belum selesai...

pagi tadi seperti biasa mengajar di Kelas Pengajian Al-Quran, terharu sangat rasanya melihat kesungguhan 'abang-abang serta pakcik-pakcik' kelasku belajar membaca al-Quran... tiada istilah lewat untuk belajar NEVER TOO OLD TO LEARN, NEVER TOO YOUNG TO DIE... sekali lagi maaf kalau tersilap...

kelas petang pulaok- kelas b. arab - terpaksa dibatalkan... aku sudah tak mampu lagi menanggung ketidak selesaan, sebenarnya dari semala lagi rasa cam nok demam tapi tak demam...

lepas solat Jumaat, makan tengahari dengan ikan tilapia gorang - makanan kegemaranku - dan melayan sang putera seketika, aku terus terlelap... kesihan jugak dengar suara anakku memanggil : abah! bangunlah bah! dah pukul sebelas... - kalau bab jam bila ditanya pukul berapa mesti pukul sebelas - , lastly aku nampak dia main sorang-sorang kat biliknya....

lepas solat maghrib baru dapat peluang menconteng jurnalku ini... sebenarnya aku amat runsing le ni... lagi 6 hari kena daftar untu M.A... Ada 4 kertas yang belum di'tashih', satu artikel belum dibuat -janji Ahad ini- dan keputusan peperiksaan belum dikeluarkan... kalau boleh semuanya hari Ahad... tapi... Semoga Allah menunjukkan jalan...

ok dah azan Isya'... jumpa lagi esok IN SYA ALLAH...

....
Sambung lepas Isya :
Akhir kata SALAM MAAL HIJRAH :

والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه









Wednesday, January 9, 2008

hari kelima

banyak peristiwa penting berlaku kelmarin... bermula dengan mesyuarat panjang berkaitan pembahagian subjek dan semester. Aku lak tok leh aktif sangat sebab kena hantar gambar-gambar ke pejabat Pengarah guna e-mail... jadi juruteknik lak... so dua dalam satu...

dalam duk sibuk tu sempat buka satu lagi laman blog di http://koleksihadith.blogspot.com
blog ini khusus untuk aku berlatih menulis artikel berkaitan hadith... dalam usia yang sudah menjangkau 35 tahun aku harap ini adalah permulaan kepada cita-cita asalku, mempunyai koleksi hadith walaupun untuk diri sendiri

petang tu pulak hantar 'kancil' untuk dibasuh...
malam ke rumah adik di batu enam... ada tig pupu aku yang datang menziarah dari Vietnam... Entah bila baru aku dapat menjejakkan kaki ke bumi kelahiranku...

Tuesday, January 8, 2008

Hari keempat dengan blog ni... seperti semalam selepas menyempurnakan beberapa kewajipan dan ada masa terluang, blog ini menjadi tempat mencurahkan idea dan perasaan...

malam semalam aku berjaya menyiapkan jadual sementara untuk institut al-quran, sebenarnya jadual tahun lepas yang diubah suai... kira ok la juga... entah berapa lama jadual tu boleh bertahan sebab hari ni ada mesyuarat penyusunan semula madah berasaskan sistem semester... moga dengan penjenamaan baru ini IQ Terengganu (asalnya Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu) lebih gemilang di masa depan...

Semalam (orang Terengganu kata kelmarin) dua bekas pelajar dari gen 2003 datang sebagai guru tasmi. Kedua-duanya antara pelajar terbaik dari generasi terbaik anak muridku setakat ini... Mohd Al-Hafiz dan Mohd Burhanuddin... Harap mereka kekal di IQ ini...

selepas merenung dan berfikir, aku bercadang jadikan blog ini sebagai tempat catatan jurnal harianku... Rancangan asalku untuk mengumpulkan koleksi Hadith terpilih mungkin akan dibuat dalam blog berasingan... mungkin tak sesuai di masukkan di sini... tengoklah dalam seminggu dua lagi...

Monday, January 7, 2008

al-maktabah al-syamilah : perpustakaan dalam pc anda

kepada pengunjung yang boleh berbahasa arab, berita gembira dengan adanya al-maktabah al-syamilah... Kini anda boleh mendapatkan pelbagai buku agama dengan percuma. maktabah ini sudah lama tapi saya baru menggunakannya. Alhamdulillah sangat mudah digunakan terutama untuk mencari hadith ( sangat sesuai untuk saya) dan sebarang maklumat... terdapat lebih 2000 kitab (setakat ini) dan program ini PERCUMA.

kepada yang berminat boleh cuba capaian di bawah...
http://www.almeshkat.net/books/index.php

Hari ketiga bersama Blog pertamaku ini... memang banyak projek yang nok dimasukkan dalam blog ni, tapi kena tangguh dulu... so untuk sementara waktu blog ini lebih kepada satu percubaan... Hari ni selesai 'tashih' kertas nahu, ada dua kertas campur dua kertas lagi yang perlu di'tashih'... ustaz hanafi dah arahkan supaya dibuat jadual sementara... tengoklah kejap lagi...


permulaan tahun baru ni memang agak menggembirakan dengan kejayaan menjadi mahasiswa UDM... IN SYA ALLAH khamis depan 17/1 aku akan mendaftar sebagai pelajar M.A. Tajuk tesisku adalah KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN HADITH MAUDHU' DI KALANGAN GURU AGAMA DAERAH HULU TERNGGANU... ini tajuk permulaan, mungkin ada perubahan nanti... yang penting selepas 10 tahun menyepi dari dunia seorang pelajar aku kembali ke alam yang pernah men'gemilang'kan daku satu ketika dahulu...

Sunday, January 6, 2008


lepas solat maghrib aku terus buka blog ni... tau tiada siapa yang 'ziarah', tapi tak pe lah... untuk jurnal kehidupan sendiri... mungkin tengah semangat... kata orang hangat-hangat tahi ayam... tapi aku mengharapkan ini satu permulaan untuk aku bertapak di dunia siber... biar 'dunia' tau pandangan kecilku... walaupun dunia itu adalah dunia aku sendiri...
Hari ni hari kedua aku buka blog ni... Masih belum ada masa untuk buat apa-apa... Sibuk sebab musim baru pengajian bermula... banyak yang belum beras...

Saturday, January 5, 2008

Assalamualaikum

Dah lama nok buat blog ni... tah ngapa malam ni baru start..
tapi tok leh lama sangat... Dah azan Isya'.. so harap berjayalah...