Here is the article from Lutfi, one of his buddies who write about him...
Kematian itu biasanya berangkai.. (siri 3)
Baru dapat berita dari fauzan hushim tentang kematian sahabat kami Mohamad Azuwan Shamsuddin 2 jam yang lalu. Aku rasa menggigil seluruh tubuh. Aku baru jer bercakap dengan arwah 3 hari yang lepas dan kami bermesej kelmarin. Hari ini dapat berita sudah meninggal pagi tadi, jumaat 15 ogos 2008. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Alfatihah...
Allahyarham telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Beliau dikatakan mendapat penyakit barah. Namun doktor masih lagi sangsi tentang penyakit tersebut kerana sukar untuk membuktikan kesahihan barah. Ini aku dapat hasil perbualan aku dengan dia. kini beliau telah pergi menghadap Ilahi.
Sejam yang lalu, aku menyuap waseem makan nasi. Menitik air mata kesedihan mengenangkan anak-anak allahyarham yang bakal membesar tanpa bapa di sisi. Bagaimanakah keadaannya itu yang perlu ditempuhi.. Ya Allah kuatkanlah hati keluarga mereka dan tabahkanlah semoga Engkau menggantikan dengan yang lebih baik..amin!
Buat bekas warga Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu @ IQT khususnya generasi kesebelas, sama-samalah kita mendoakan semoga beliau ditempatkan di dalam golongan muqarrabin.. amin!
5 comments:
I feel sorry for the early demise of your ex-student. He so young to die. May his wife and kids can cope up with the lost.
tq merlene, this is a very hard time for me, but that is life...
Sorry to hear this news. May you and all family members involved be comforted by peace and love.
That is so sad and I am very sorry. It is always so shocking to lose someone so young so suddenly. I will think of you in my positive thoughts.
Turut berduka cita
Post a Comment