BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010
BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAHTERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010
Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-
iii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir, Maghribi dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.
ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.
3. KELAYAKAN AKADEMIK
iv. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.
a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaru dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:-
i. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah
ii. Pendidikan Syariah Islamiah DAN
iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu
CARA MEMOHON
a. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.
b. Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.
7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-
a. Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.
b. Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip).
c. Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Rusia dan Mesir).
d. Dua ( 2 ) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke program Jurutera / Juruteknik Penyenggaraan Dan Juruterbang Kapal Terbang).
"Tertutup Jangan Terlalu Jumud, Terbuka Jangan Sampai Hanyut.."
1 comments:
hm..persoalan adakah pinjaman ni bebenar telus atau sekadar nak mencari anak parti sekian dapat dan parti sekian tak dapat?
Post a Comment